Pelajar SKM Pemandu Pelancong telah menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar pemandu pelancong tentang sejarah, budaya, agama dan kaum yang terdapat negeri Melaka.
Antara tempat yang dilawati adalah seperti Bukit Cina, Perigi Diraja, Kota A Famosa, Stadhuys, Masjid Kampung Kling, Cheng Hoon Temple, Jonker Street dan kawasan sekitar Bandar Hilir Melaka serta Masjid Selat. Pelajar pemandu pelancong juga dilatih untuk memberi komentar di dalam bas iaitu sebahagian daripada pembelajaran di dalam modul SKM Pemandu Pelancong.