Skip to main content

GSI TANJUNG MALIM

PENGENALAN

GEOMATIKA SKILL INSTITUTE (GSI PERAK) adalah sebuah institut latihan di bawah kumpulan Pendidikan yang dinamakan GEOMATIKA EDUGROUP SDN BHD yang ditubuhkan pada tahun 2015. GSI (Perak) memfokuskan latihan kemahiran dengan program Sijil Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Di samping itu, GSI (Perak) juga telah membina rangkaian kolobarasi dengan rakan industri dari pelbagai sektor utama ekonomi terutamanya dalam pembangunan modul, pengiktirafan dan akreditasi kurikulum, pelaksanaan program pembangunan keupayaan dan juga perundingan inisiatif strategik di kalangan rakan industri yang menyediakan tempat pekerjaan kepada sumber manusia yang telah dilatih dan digilap potensinya melaui modul holistik kami. GSI (Perak) ialah pusat latihan kemahiran yang menyediakan khidmat latihan untuk industri perkhidmatan minyak dan gas. Selain dari itu, perniagaan utama syarikat kami adalah menyediakan khidmat latihan untuk industri fabrikasi, kecantikan dan kesihatan, hartanah, kimpalan dan sebagainya. Kami berkomited tinggi untuk melahirkan pelatih-pelatih yang berprofesional dan berkemahiran mengikut piawaian bagi setiap industri yang diceburi. Sekaligus memberi kami peluang untuk membantu negara dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran dan berpengalaman di peringkat global. Juga dapat mengurangkan kadar masalah pengangguran.

MISI

Meningkatkan kebolehpasaran pelatih sebanyak 100% bekerja selepas tamat pengajian atau menyambung pelajaran.

VISI

Melatih pelatih secara optimum untuk memenuhi keperluan pekerjaan semasa dan negara.

FASILITI DAN KEMUDAHAN

PROGRAM YANG DITAWARKAN DI GSI, TANJUNG MALIM

  • SKM Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam
  • Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan**
  • Penyeliaan Operasi Pemasangan & Penyenggaraan Penghawa Dingin Dan Pengudaraan Mekanikal**
  • Motosikal – Penyelenggaraan & Perkhidmatan**
  • Pemasangan Sistem Solar Termal Operasi Penyelenggaraan Pesawat( Tidak Dipersijilkan)**

**Program yang sedang dibangunkan