Skip to main content
GSI Kuala Lumpur

Program Kad Hijau CIDB

By 22 February 2023No Comments
31 Januari 2023.
Geomatika Skill Institute (GSI) telah menjemput Encik Shaikh Abd Rahim, Kakitangan & Kontraktor CIDB Kuala Lumpur sebagai panel jemputan sempena Program Kad Hijau CIDB di Dewan Indasari.
Tujuan utama kursus ini adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan.
Antara objektif untuk memiliki dan perlu mendaftar kad hijau CIDB:
1. Memastikan pekerja binaan menyedari kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat.
2. Menyediakan pengetahuan asas tentang keselamatan dan kesihatan di tapak binaan.
3. Memaklumkan pekerja binaan tentang keperluan undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan.
Para peserta akan diberikan kad hijau dan dilindungi secara automatik oleh skim insurans khas yang menginsuranskan personal binaan terhadap kematian dan kemalangan.
Terima kasih kepada pihak CIDB.