Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK
Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mmengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
Syarat – Syarat Pinjaman
- Warganegara Malaysia
- Mengikuti program latihan SKM bagi Tahap 1 hingga 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program lain yang diluluskan oleh PTPK
- Had umur peminjam di antara 15 hingga 45 tahun
- Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain.
Syarat – Syarat Penjamin
- Warganegara Malaysia
- 2 Orang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700 sebulan, berumur 21 tahun keatas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan.
- Jika penjamin pertama merupakan ibu / bapa / penjaga sah/ syarat umur dan pendapatan dikecualikan.
- Seseorang penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu / bapa/ penjaga sah.
- Tidak diisytiharkan muflis.
- Belajar sepenuh masa mengikut tempoh ditetapkan.
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.
- Mengemukakan seorang penjamin.