Skip to main content

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

SKM- Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).

 

Faedah kepada individu :

  • Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri.
  • Penganugerahan SKM-PPT dalam masa yang singkat (Tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian).
  • Dapat menyumbang kearah pembangunan kerjaya.

 

Faedah kepada majikan :

  • Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat.
  • Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja.
  • Meningkatkan imej syarikat.

Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah SKM-PPT ini telah dilancarkan pada 13 September 1996. Ianya telah memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini bagi mendapat pengiktirafan terhadap kemahiran dan pengalaman terdahulu yang mereka miliki.

Syarat-Syarat Umum Calon

  • Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun bagi permohonan Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 1, 2 dan 3
  • Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun untuk permohonan DKM dan 23 tahun untuk DLKM
  • Memenuhi pra-syarat yang digariskan dalam Standard (NOSS)
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang kemahiran pada tahap yang dipohon
  • Telah melaksanakan penilaian kendiri
Syarat minimum PPT | GSI