17 Disember 2024 – Geomatika TVET College telah menganjurkan Program Bicara CEO bertemakan “Masa Depan TVET & Kebolehpasaran”, yang disampaikan oleh Prof. Datuk Sr. Dr. Mohaizi Mohamad, Presiden Kumpulan Pendidikan Geomatika.
Sesi ini membuka ruang perbincangan yang bermanfaat kepada para pelajar, khususnya dalam memahami potensi besar bidang TVET sebagai laluan kerjaya masa depan. Dalam perkongsiannya, Prof. Datuk Sr. Dr. Mohaizi menekankan bagaimana pendidikan berasaskan kemahiran kini semakin relevan dan menjadi keperluan utama dalam pasaran pekerjaan, terutama dalam bidang teknikal dan industri 4.0.
Beliau turut berkongsi pandangan tentang keperluan untuk membina kemahiran praktikal yang sejajar dengan kehendak industri, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET. Para pelajar diberi pendedahan terhadap cabaran dan peluang sebenar dunia pekerjaan serta bagaimana mereka boleh membentuk hala tuju kerjaya lebih awal.
Program ini telah memberi inspirasi dan dorongan kepada pelajar untuk lebih bersemangat dalam menimba ilmu serta bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang mencabar dan kompetitif.