Skip to main content
Berita GSI

Belia TVET & Pelajar Geomatika Kuasai Pencuci Mulut Tradisional

By 7 August 2025No Comments

Melaka, 21 Jun 2025 – Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Geomatika TVET College Melaka telah menganjurkan program Skill for Life kategori pencuci mulut tempatan yang berlangsung dengan jayanya di UGM Melaka, melibatkan seramai 25 peserta dari kalangan pelajar Geomatika dan belia TVET negeri Melaka.

Program ini memberi fokus kepada penguasaan kemahiran dalam penyediaan dessert tradisional tempatan, sekaligus memperkasakan anak muda dengan ilmu keusahawanan dan kemahiran praktikal yang berpotensi menjana pendapatan.

Turut hadir dan menjayakan program ini ialah Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Islam Melaka (PAYASUM), yang memberikan sokongan moral serta membuka ruang penyertaan kepada anak-anak jagaan mereka. Inisiatif ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada kemahiran hidup, malah menggalakkan integrasi sosial serta pembangunan belia secara holistik.

Program ini diharap dapat menjadi batu loncatan kepada peserta untuk menceburi bidang keusahawanan makanan serta meningkatkan taraf hidup melalui kemahiran yang dipelajari.