10 Disember 2024 –
Unit Kaunseling dan Hal Ehwal Pelajar Geomatika TVET College telah menganjurkan satu program bertajuk Kesejahteraan dan Minda Remaja khusus untuk para pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang kesejahteraan mental dan emosi dalam kalangan remaja. Antara topik yang diketengahkan termasuklah isu keresahan, kemurungan, tekanan, tingkah laku mencederakan diri sendiri, pengaruh media sosial, serta mesej utama yang boleh dibawa pulang (take-home message).
Objektif utama program ini adalah untuk:
-
Membantu pelajar memahami tahap kesihatan mental diri sendiri.
-
Mengenal pasti tanda-tanda awal gangguan mental dalam kalangan rakan sekelas.
-
Meningkatkan kepekaan terhadap isu-isu yang mungkin dialami oleh orang sekeliling.
Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat memperkasakan pelajar dengan ilmu dan kesedaran agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran kehidupan sebagai remaja. Pendekatan pencegahan awal seperti ini juga penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sihat dan menyokong kesejahteraan menyeluruh pelajar.