Johor Bahru, 23 Jun 2025 –
Geomatika TVET College dengan bangganya mengucapkan tahniah kepada Nur Eliayana Natasya, pelajar dari Program SKM Perkhidmatan Estetik, atas pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih sagu hati dalam pertandingan FEMAC Beauty Competition yang berlangsung di Johor Bahru.
Dalam pertandingan yang menghimpunkan bakat-bakat muda dari seluruh negara ini, Eliayana telah menonjol dalam kategori Asian Bridal Makeup dengan hasil solekan bertemakan pengantin Indonesia. Sentuhan beliau yang halus dan penuh ketelitian berjaya menampilkan keanggunan tradisional yang kaya dengan unsur budaya dan estetika.
Reka solekan yang dihasilkan bukan sahaja mencuri tumpuan para juri, malah turut mendapat perhatian para penonton kerana keunikan konsep dan kemasannya yang profesional.
Pencapaian ini membuktikan bahawa pelajar Geomatika TVET College bukan sahaja dibekalkan dengan kemahiran teknikal, malah mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan mempamerkan kreativiti yang luar biasa.
Syabas Eliayana! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus menyerlah dalam bidang masing-masing.