Skip to main content
Berita GSI

Pelajar Geomatika TVET College Belajar Keselamatan Bersama Bomba

By 7 August 2025No Comments

Pada 6 Ogos 2025, sekumpulan pelajar dan pengajar dari Geomatika TVET College telah menyertai Program Lawatan Pembelajaran ke Balai Bomba dan Penyelamat Keramat. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembelajaran luar bilik darjah yang bertujuan untuk memberi pengalaman praktikal dan pendedahan awal kepada pelajar berkaitan aspek keselamatan dan kecemasan.

Sepanjang lawatan, peserta didedahkan secara langsung kepada:

  • Prosedur keselamatan kebakaran – termasuk langkah awal pencegahan dan tindak balas pantas semasa kebakaran.

  • Demonstrasi penggunaan peralatan menyelamat seperti pemadam api, alat pernafasan, dan teknik menyelamat mangsa.

  • Sesi taklimat oleh anggota bomba bertugas, yang berkongsi pengalaman sebenar mereka menangani situasi kecemasan.

Melalui aktiviti ini, para pelajar bukan sahaja mempelajari teori tetapi juga menyaksikan sendiri kepentingan kerjasama, ketangkasan dan keberanian dalam menghadapi insiden kecemasan. Lawatan ini secara tidak langsung memperkukuh kesedaran mereka terhadap keselamatan diri, rakan sekeliling, dan kepentingan tindakan pantas dalam situasi genting.

Geomatika TVET College komited untuk menyediakan pendidikan holistik yang bukan sahaja menekankan kemahiran teknikal, tetapi juga pembangunan sahsiah dan kesedaran sivik dalam kalangan pelajar.