20 Julai 2024
Pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Perkhidmatan Estetik, Geomatika Skill Institute (GSI), dan pelajar Diploma Kecantikan dan Kesihatan, Universiti Geomatika Malaysia (UGM), telah dijemput ke Wardah Skinverse di Tun Razak Exchange (TRX).
Beberapa aktiviti telah disediakan oleh Wardah sepanjang hari seperti perkongsian pengalaman & ceramah pendidikan kulit, booth makeup, analisis kulit & permainan.
Kelebihan program ini adalah pelajar kecantikan dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai jenis kulit mereka sendiri, kepentingan rutin kulit dan cara Wardah menghasilkan produk mereka untuk pengguna mereka.
#WeAreGeomatika
#DesigningFutureGraduates
#StudyAtGSI
#GeomatikaSkillInstitute