Kursus yang ditawarkan ini akan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang kimpalan, di mana pelajar akan diajar dari segi teori dan amali. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah melakukan kimpalan dengan mengambil kira ciri-ciri keselamatan. Pelajar akan mempelajari pemotongan dengan kaedah plasma dan membuat kimpalan jenis arka (SMAW). Pelajar juga akan membuat kimpalan ke atas logam pada kedudukan 1F hingga 4F serta 1G hingga 6G, membaca simbol dan lukisan cetakan biru, menguji sambungan kimpalan dengan cara membedah, membengkok dan merenggang logam. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja industri yang bermutu tinggi dalam bidang kimpalan, bengkel ini menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dengan kemudahan peralatan berteknologi tinggi yang terkini serta tenaga pengajar yang berpengalaman.
SKM PROSES KIMPALAN ARKA KEPINGAN LOGAM
- Shielded Metal Arc Welding (SMAW) For Fillet Weld 1F, 2F, 3F, 4F, Butt Weld 1G And 2G
- Shielded Metal Arc Welding (SMAW) For 3G And 4G
- Shielded Metal Arc Welding (SMAW) For 5G And 6G (Up-Hill And Down-Hill)
- Shielded Metal Arc Welding (SMAW) 6GR
- Submerged Arc Welding (SAW) 1G
- Berumur antara 16 hingga 40 tahun
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca, mengira dan menulis.
- Minat dalam bidang yang diambil.
- Sihat fizikal dan mental
- Usahawan
- Industri Perkapalan
- Industri Minyak dan Gas
- Loji Pemasangan Mesin dan Jentera
- Juruteknik dalam sektor awam dan swasta
- Industri Pembinaan dan Pemasangan Logam