Program Perkhidmatan Estetik ( Tahap Tunggal ) pelajar akan mempelajari modul-modul mengikut Cocu yang telah ditetapkan. Pelatih akan mempelajari tentang bagaimana untuk memberikan konsultasi kepada pelanggan, cara mengamalkan kebersihan,cara untuk bertindak jika berlakunya kecemasan seperti kebakaran dan kemalangan. Selain itu, pelajar akan mempelajari tentang perawatan wajah yang dimulakan dengan perkara asas terlebih dahulu seperti struktur kulit, pemilihan produk dan sebagainya. Didalam program ini juga pelajar turut ditekankan untuk mengamalkan konsep dan persekitaran sebenar bila berada ditempat kerja,serta pelajar juga turut turun padang membuka gerai jualan/perkhidmatan bagi mengetengahkan dunia berdepan dengan pelanggan sebenar.
Program adalah untuk menghasilkan graduan dan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang pengajian selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara. Selain itu, ia juga menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah di dalam bidang pengajian secara inovatif, kreatif dan kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai tambahan, graduan juga mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial.