Graduan akan diterapkan dengan kemahiran kepimpinan, keupayaan pengurusan dan profesionalisme yang diperlukan untuk jawatan pengurusan peringkat permulaan. Gabungan latihan teori dan praktikal juga menyediakan graduan untuk kejayaan jangka panjang dan kemajuan kerjaya dalam industri.
Program ini membolehkan graduan mengaplikasi dan mengkaji semula prinsip pengurusan dan kemahiran teknikal yang berkaitan dengan industri untuk mewujudkan dan membangunkan profesional yang mampu melaksanakan pelbagai fungsi pengurusan dalam operasi pastri dan menyediakan graduan yang seimbang dengan kesedaran teori dan pengalaman praktikal untuk meningkatkan kualiti dalam idustri pastri.