Sijil Kemahiran Malaysia bagi program Geomatics & Land Surveying adalah merupakan satu program profesion yang berkait rapat dengan bidang sains pengukuran dan pengurusan maklumat spatial. Geomatics berkait rapat dengan pengukuran, perolehan, pemperolehan dan pempaparan data spatial fizikal Bumi dan alam bina. Antara bidang utama yang dirangkumi Geomatics adalah sains pemetaan, sistem pentadbiran tanah, Visualisasi alam sekitar, geodesi, fotogrametri, remote sensing dan pengukuran.
Program adalah untuk menghasilkan graduan dan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang pengajian selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara. Selain itu, ia juga menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah di dalam bidang pengajian secara inovatif, kreatif dan kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai tambahan, graduan juga mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial.