Skip to main content
Berita GSI

Sambutan 20 Tahun Penubuhan GSI

By 16 October 2022No Comments

GSI akan terus komited dalam melahirkan graduan bidang kemahiran bagi menyediakan tenaga berkemahiran teknikal untuk masa depan negara seiring usia 20 tahun penubuhannya, hari ini.

Pusat Bertauliah Geomatika ditubuhkan pada 2002 di bawah Geomatika EduGroup Sdn Bhd dengan nama Kolej Geomatika sebelum dijenamakan kepada Geomatika Skills Institute (GSI) dengan objektif melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan kompeten bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustrian Negara.

Bagi memastikan ia dapat direalisasikan, enam Pusat Bertauliah GSI di seluruh Malaysia telah dibuka antaranya di Kuala Lumpur, Melaka, Kota Kinabalu, Keningau, Kuching dan Tanjung Malim. Pengasas utama, Prof. Datuk Sr. Dr. Mohaizi Mohamad berharap semoga dengan penubuhan cawangan-cawangan baharu GSI dapat mendukung agenda TVET negara untuk menyediakan tenaga pakar kemahiran dalam bidang yang terpilih agar dapat memenuhi keperluan industri.

Dalam pada itu, bagi meraikan Sambutan 20 Tahun Penubuhan GSI, pelbagai program bulanan telah dirancang sebagai simbolik sambutan. Nantikan info terkini yang akan di war-warkan kepada semua.

GSI juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sumbangan dan jasa semua pemimpin dan tenaga pengajar GSI yang telah meninggalkan legasi kerja yang cemerlang sekaligus membolehkan GSI berada di tahap yang terbaik selepas 20 tahun.

#GeomatikaSkillsInstitute
#Sambutan20TahunGSI
#tvet
#jombelajarkemahiran