Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menganjurkan Kursus Resipi Masakan ‘Western Food’ Usahawan Harapan yang telah disertai seramai 20 orang peserta yang terdiri golongan asnaf dan 5 orang pegawai, bertempat di Universiti Geomatika Malaysia Melaka (UGMM) hari ini. Pelajar Geomatika Skill Institute (GSI) juga turut serta dalam membantu menjayakan program ini.
Antara jenis masakan yang dipelajari adalah seperti Chicken Cordon Bleu with Mashed Potato served Cheese Sauce, Spaggetti Carbonara, dan juga minuman Oreo Chocolate Smoothies.