Geomatika Skill Institute (GSI) Melaka telah menerima kunjungan daripada para pelajar dan guru-guru Abdurrab Islamic School (AIS) Pekan Baru, Indonesia. Para pelajar SKM Penyediaan & Pembuatan Makanan serta SKM Pembuatan Pastri telah bekerjasama dalam menyediakan menu utama, pelbagai jenis pastri, dan kuih-muih tempatan enak yang menjadi hidangan kepada para tetamu.
Pelajar secara tidak langsung mempraktikkan kemahiran di dunia sebenar semasa pengajian bagi ketrampilan dan siap siaga untuk industri.