‘Refixation‘ atau lebih mudah difahami sebagai proses melakukan tanam pastian. Proses ini telah dijalankan di sekitar lot Geomatika Skill Institute (GSI) KL oleh para pelajar SKM Geomatik & Ukur Tanah dan dipantau oleh pensyarah yang berpengalaman. Kaedah atau topik ini jugak terdapat dalam sibus COCU untuk SKM tersebut.
Terdapat banyak latihan praktikal yang akan dijalankan oleh para pelajar SKM ini pada masa akan datang. Proses pembelajaran secara praktikal memberi pengenalan awal atau pengalaman untuk digunakan semasa alam pekerjaan nanti. Pelajar SKM Geomatik turut belajar tentang ilmu ukur tanah secara teori agar seimbang dan mempunyai asas yang kukuh setelah tamat pengajian nanti. Para tenaga pengajardi GSI amat menitikberatkan dari kaedah teori hinggalah praktikal. Semoga pelajar SKM Geomatik dan Ukur Tanah GSI akan mendapat ilmu dan pengalaman yang menarik setelah bergelar graduan kelak.